Kelebihan perusahaan pintar Perusahaan pintar

Gupta menyatakan bahawa lebih banyak maklumat yang tersedia akan membawa kepada pembuatan keputusan yang lebih baik dan dengan itu, akan memberi manfaat dari segi ekonomi makro.[7] Pada tahun 1990-an, pelaksanaan teknologi baharu telah menghasilkan tahap produktiviti yang tinggi ini – justeru, membantu ekonomi makro kerana ia membolehkan pertumbuhan yang lebih pantas dan inflasi yang lebih rendah. Sebaliknya, pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas membawa kepada gaji benar yang lebih tinggi dan pengurangan kadar pengangguran.

Selain memberi manfaat kepada matlamat ekonomi makro, ia juga dapat memberi impak yang besar dalam industri. Oleh kerana akses kepada maklumat menjadi lebih mudah, ia membantu industri melihat permintaan dan penawaran mereka diantara aktiviti pengeluaran. Oleh itu, pengurangan permintaan produk dan tahap inventori yang lebih ketat biasanya dapat dijangkakan.

Gupta memisahkan kelebihan Perusahaan Pintar kepada 3 jenis tahap berbeza: (1) Operasi, (2) Taktikal dan (3) Strategi. [7]

Operasi: Dalam pandangan operasi, perusahaan pintar menetapkan sebuah platform yang mengautomasikan proses dan membenarkan akses kepada semua jenis maklumat data yang mungkin telah tersebar secara fizikal dan logik pada suatu ketika.

Taktikal: Secara taktikalnya, ia membantu dalam membuat keputusan yang lebih baik kerana maklumat mudah diakses dan juga boleh mengurangkan tempoh yang diambil untuk membuat suatu keputusan.

Strategi: Pengurangan masa operasi menggalakkan pengurangan kos operasi sekali gus membawa kepada perkhidmatan pelanggan yang lebih baik. Di samping itu, pembuatan keputusan perniagaan yang lebih kompleks dapat dibuat mengikut strategi taktikal yang lebih baik.